Tips menjawab survey
Tips menjawab survey online.
1. Mula2 daftar guna email valid
Daftar guna email yang valid dan jangan tipu untuk daftar. Jika dalam 1 rumah ada anak bini nak
daftar boleh jugak. survey online ni dibaca ikut ip address.Jadi biasanya 1 ip untuk 1 akaun.
2. Menjawab dalam bahasa yang difahami
Bila menjawab survey guna la bahasa yang kita faham. Walaupun kita pandai bahasa lain tapi
takut ada perkataan yang kita tak faham. Bila dah tak faham mula la jawab yang bukan-
bukan. Jadi pilih bahasa yang kita faham. Kalau kita menggunakan bahasa yang kita tak faham
tentu akan ambil masa yang lama untuk jawab survey.
3. Jawab dengan jujur.
Sebenarnya boleh kalau nak jawab tak jujur tapi nanti pening la apa yang ditanya tak faham
sebab kita tak mengalami apa yang sebenarnya berbanding orang yang ada pengalaman dalam
sesuatu benda. Tapi disebabkan korang nak jawab survey sangat dan nak bagi pendapat
sangat jadi terpulang la kat korang nak tipu dari segi demografi ke,gender ke,tapi jgn smpai
kena denda point lak. kalau nasib baik selamat la diorg tak detect sangat.
4. Jadi orang yang terawal menjawab survey
Kat survey ni kalau quota dah penuh kita tak boleh ambil bahagian lagi. Bagi sesiapa yang ada
smartphone ke ipad ke linkkan email ngan gadget.bila dapat email akan di notify seawal
mungkin. Dengan cara tu kita akan menjadi orang terawal menjawab survey.
5. Jawab "tiada satu pun di atas"
Bila di tanya pasal pekerjaan anda atau saudara mara yang terlibat dalam industri pemasaran
ke,pengiklanan ke,pengeluaran produk ke so korang jawab "tiada satu pun di atas". Sah2 diorang
ni company survey so takut la orang lain tiru produk yang diorg nak tanya dalam survey.
Selamat mencuba pada sesiapa yang dah join mana-mana program survey..mungkin tips ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk dapatkan poin yang lebih tinggi lagi pada masa akan datang..